Social Items

Es Krim tuak pertama di dunia, gimana rasanya?

NewsralBLog

“Rasa masam manis” – itu gambaran paling tepat bagi eskrim tuak, satu kelainan yang dicipta di Mummy Pattz Dayak Cafe yang tular di laman Facebook baru-baru ini.
Ramai pelanggan dari Kuching dan Samarahan, malah pelancong asing datang menikmati sendiri aiskrim tuak dijual di Mummy Patz Dayak Cafe.
Pemilik restoran Patrila Augustine, 52, mendapat idea menjual aiskrim tuak kerana ingin mencari kelainan.
“Sudah menjadi kebiasaan menjual eskrim berperisa oren dan pelbagai perisa termasuk perisa bandung mahupun milo,” katanya.
Katanya, orang muda khususnya suka kepada kelainan sebegini dan ia sesuatu yang baharu.
Patrila mencabar dirinya dengan membuat aiskrim tuak kerana belum pernah dibuat orang lain.
Katanya, eskrim ini disajikan kepada mereka yang menggemari minuman itu dalam bentuk eskrim.
“Aiskrim perisa tuak belum ada di dunia, ciptaan ini membuka mata pelanggan kerana masakan atau juadah tradisional Dayak boleh dimodenkan,” katanya.
Ramuan aiskrim tuak tersebut adalah ragi dan tuak terbaik serta berkualiti tinggi.
Gula ditambah untuk mengekalkan rasa kemanisan aiskrim tersebut.
Sebanyak 100 lebih batang aiskrim tuak dijual sehari dengan harga RM4 sebatang.
Menurut Patrila, pada masa akan datang bungkusan dan reka bentuk aiskrim tuak akan berubah untuk tujuan komersial.
Mummy Patz Dayak Cafe turut menjual juadah cita rasa Dayak pansuh ayam, ayam kuchai dan daun ubi digilis.
Patrila berkata, untuk menarik ramai pelanggan, dia mencipta pelbagai resipi baharu masakan tradisional Dayak untuk disajikan kepada pelanggannya.
Kedai makanan menjadi pilihan peminat masakan tradisional Dayak kebelakangan ini.
Tambah Patrila, menu masakan selalu berubah mengikut kreativiti tetapi masih mengekalkan keaslian Dayak seperti bunga durian, patin masak tempoyak, buah labu masak kulat sawit dan banyak lagi.
“Ramai datang mencuba masakan kami dan mereka menjadi pelanggan setia. Bahan masakan kami segar dan berkualiti serta kebersihan dititikberatkan untuk kepuasan pelanggan,” ujarnya.
Pemilik kedai berasal dari Betong itu mulanya berniaga di sebuah gerai di Delight Food Court King Centre pada 2011 sebelum berpindah lokasi di Rumah Asap Tabuan Dayak.
Pada Mac 2019, mereka berpindah ke UniCentral Samarahan kerana tempat letak kereta banyak dan waktu operasi kedai itu dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 malam.
Sumber : suarasarawak.my

Rekomendasi